jangan keliru

Assalamualaikum,Jangan keliru. Topik cikgu kali ini.
Apa yang cikgu maksudkan ialah kekeliruan bagi menjawab soalan bentuk hubungan/relationship dan tujuan/aim

Perhatikan betul-betul :

Kata kunci menjawab soalan hubungan : semakin ______semakin _________.

Kata kunci menjawab soalan tujuan : Untuk mengkaji hubungan diantara ________dan _______

Kekeliruan biasanya terjadi kerana kata kunci menjawab soalan tujuan mengandungi perkataan “hubungan” lalu ramai calon menjawab soalan “hubungan” tetapi menggunakan kata kunci bagi menjawab soalan “tujuan”.

Contoh penyataan : Di dalam satu penyiasatan di dapati pertumbuhan kawasan industri telah menyebabkan pertambahan pesakit asma di satu kawasan.

soalan hubungan : Apakah hubungan yang dapat di tulis, berdasarkan penyataan di atas.

Jawapan betul : Semakin banyak kawasan industri semakin bertambah pesakit asma

soalan tujuan : Apakah tujuan kajian ini dijalankan?

Jawapan betul : Untuk mengkaji hubungan diantara pertumbuhan kawasan industridan bilangan pesakit asma

Pesan cikgu, ingat jangan KELIRU. Baca kata kunci bagi soalan betul-betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s